Tweet
Showing posts with label NASIHAT. Show all posts
Showing posts with label NASIHAT. Show all posts
Friday, May 31, 2013
Beza Tudung Labuh Dan Tudung Biasa
Tweet
Friday, April 5, 2013
Mata Kasar , Mata Nafsu , Mata Iman
Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.
MATA KASAR
Apabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.
MATA NAFSU
Apabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu. Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya. Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastik dan sebagainya.
Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit. Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan. Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.
MATA IMAN
Apabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman.
Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis. Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua. Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi. Semuanya adalah sementara. Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua. Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini?
Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti. Syurga dan neraka adalah pasti. Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini, balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi... nauzubillah... apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang abadi?
Bukanlah bermakna melebihkan akhirat dengan meninggalkan seluruh urusan di dunia dan hanya duduk di tikar sejadah semata-mata. Lalu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai kejayaan di alam yang kekal abadi itu?
Apa yang patut kita buat semasa kehidupan yang sementara di dunia ini?
Jawapannya semua ada di dalam al-Quran, iaitu:
- Jika dia seorang anak, dia akan menjadi anak yang terbaik, yang sentiasa membahagiakan hati kedua ibu bapanya. Tidak lupa sentiasa berdoa untuk ibubapa samada ibubapa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.
- Jika dia seorang ibu/ayah, dia akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan mendidik mereka tentang ilmu, mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah. Melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa tanpa rasa keluh kesah. Memasak, menjaga rumahtangga dengan hati yang ikhlas dan tenang.
- Jika dia seorang suami, dia tidak akan berlaku zalim kepada isterinya dan mendidik isterinya dengan baik dan penuh kasih sayang. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan cara yang terbaik.
- Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami yang tercinta, taat dan menghormati suami. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan cara yang terbaik.
- Jika dia seorang pekerja, dia akan berusaha untuk melakukan yang terbaik di dalam usaha kerjanya tanpa seberang kebencian dan rasa tidak puas hati kepada orang atasan.
- Jika dia seorang kawan, dia akan selalu bercakap bersopan dengan kawan-kawannya tanpa cuba menyakiti hati kawan, tidak akan menabur fitnah dan mengumpat kawannya tanpa jemu. Dia akan menegur rakannya jika rakannya menyimpang dari jalan yang benar. Hasratnya adalah supaya dia dan rakannya akan bersama-sama terselamat daripada seksaan neraka di alam yang kekal abadi.
- Dan yang paling UTAMA, dia akan menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur, mengharapkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah Yang Maha Esa dengan melakukan ibadah yang diperintahkan oleh Allah dengan rasa khusyuk, ikhlas kerana apa yang paling penting dalam hidup insan ini adalah mendapat kasih sayang, rahmat dan redha daripada Allah.
- Sesungguhnya tanpa rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Esa sesungguhnya jadilah kita tergolong dalam hamba-hamba yang rugi. Setiap perlakuannya sentiasa merasa diperhatikan oleh Allah dan dengan itu merasa takut untuk melakukan dosa. Mementingkan Allah daripada segala-galanya. Tidak culas untuk bersolat di awal waktu, bersolat sunat, berqiamulail dan sebagainya.
Namun, memang sifatnya manusia kekadang terlupa dan terdengar pujukan dan rayuan nafsu dan syaitan. Jika sudah tersedar dari kesilapan, maka beristighfarlah kepada yang Maha Esa untuk mengampuni dosa-dosa kita. InsyaAllah, jika kita memohon ampun dengan hati yang tulus ikhlas, Allah yang pengasih dan penyayang akan mengampuni dosa-dosa kita.
Rasullah s.a.w. yang maksum pun beristighfar paling kurang 100 kali sehari; jadi kita sepatutnya lebih kerap lagi beristighfar. Jika kita lalai dari beristighafar dan memohon ampun daripada Yang Maha Esa, hati kita yang berbuat dosa akan dipenuhi dengan titik-titik hitam. Jika titik hitam sudah memenuhi hati kita, hati kita menjadi buta.
Hati yang buta teramat bahaya kerana sinar kebaikan dan sinar hidayah akan susah menembusi hati tersebut. Akibatnya, jika orang mengajak kita membuat kebaikan, memberi nasihat, hati kita akan mencemuh dan membenci perkara kebaikan lagi.
- Dunia ini sementara adalah pasti.
- Hidup kita di dunia sudah pasti akan mati.
- Akhirat itu pasti.
- Syurga dan neraka itu pasti.
Lalu adakah kita mengambil langkah yang sepatutnya untuk perkara yang pasti itu? Renung-renungkan.
Tweet
Monday, December 24, 2012
Ad@b Bersembang D@L@m !slam.. ^^
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi". Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.
2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."
Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."
sumber:iluvislam.com
Tweet
Wednesday, December 19, 2012
Per!s@i Mu$limah
Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah
pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah
dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika
ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.
Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan
hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai.
Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah.
Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu
bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih
hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak
kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih
'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana.
Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.
Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan
orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang
lain, cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa
amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya.
"sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh.
Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu
yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau
membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".
Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun".
Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh
turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin
memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.
Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-
"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".
Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah
bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana
pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.
♥ Congrats Junior PMR! ♥
alhamdulillah,lega bila result PMR dah keluar hari ni..tahniah untuk sepupu aisyah,fathini sebab dapat straight A's...nanti ain bagi adiah ea...hehe
tak lupa jugak untuk junior sekolah aisyah,smka nurul ittifaq yg dpat 9A dalam PMR ni....aisyah bangga engan korang semua sebab dah buktikan yang korang boleh buat...bagi,yang tak berjaya,jangan risau okei sebab ni bukan yang terakhir untuk anda semua..jangan jadikan gagal kali ini sebagai sebab untuk anda gagal selamanya....buangkan rasa putus asa dan terus berusah untuk menggapai keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti,kerana itu yang lebih penting dalam hidup kita.....
and jangan lupa satu hal,jangan jadikan tahun hadapan(time korang form 4) sebagai tahun untuk honeymoon okei..tak de mase untuk honeymoon kerana anda harus berusha dari sekarang untuk menggapai impian yang besar...jangan dok tunggu sampai dekat2 exam,baru nak kalut study semua subjek..tu bukan cara yang betul untuk anda berjaya...
pilih aliran yang korang boleh rasa follow..kalau rase aliran tu korang xleh follow,just letak tepi and ambil aliran lain....jangan disebabkan anda tersilap mengambil aliran,anda akan kecundang di akhirnya....ingat,pilih betul-betul ye adik-adik!!!jangan pakai ambik senang je nak ambik aliran tu...kalau boleh,buat semayang istikharah untuk tentukan aliran mane yg terbaik untuk kita... ^_^
everthing happens without ressons..so,don't ever judge the fate that happen to you...maybe Allah want you to be more patient girl/boy... ^_^ Tweetteruslah berusaha untuk mencapai kejayaan yg sebenar-benarnya dalam SPM nanti...mulakan azam anda dri sekarang untuk mencipta sejarah baru..jangan biarkan perasaan putus asa dan patah semangat beraja di minda anada semua ye..so,bangkitlah dan set in mind yg gagal kali ini bukan bererti gagal untuk selamanya,am i right??




