Apa khabar warga bloggers yang disayangi semua??maaf ye sebab dah lame xsempat nak update blog..sibuk dengan spm sebelum2 ni,,insyaAllah,skrang ni akan update sentiasa blog ni tiap2 hari.. ^_^
di kesempatan ini,aisyah nak ucapkan selamat tahun baru 2014 kepada seluruh rakyat malaysia..umur kita pun konfirm akan meningkat setahun jugak kan..semoga dengan meningkatnya umur kita tu,kita akan terus memperbanyakkan ibadah2 sunat untuk menampung ibadah2 wajib kita yang xsemestinya diterima ,ye tak??mulakan dengan azam dan semangat yang baru ye sahabat2 sekalian .. :-)
untuk adik2 yang bakal menghadapi spm tahun ni,jangan lupa untuk start study daripada awal lagi ye..jangan jadi macam akak hang ni,,hehe..kalau tak,menyesal kemudian hari..ingat,spm ni sekali je seumur hidup dan sangat penting untuk kita menentukan kerjaya kita pada masa hadapan ..
dengar2 jugak,tahun ni tahun derita rakyat ea?so,pandai2 la kita berjimat ye..sepatutnye amalan berjimat cermat ni dah kita amalkan sejak dari kecil lagi..ape orang kate,sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?so,tak salah la kalau kita berjimat cermat dan ajar anak-anak kita untuk menabung..kerajaan dah ambik macam2 langkah inisiatif nak bantu rakyat..so,sepatutnya kan kita kenalah bersatu padu,barulah negara kita akan aman dan stabil dari segi politik,ekonomi dan sosial.tu pendapat aisyah la..pendapat korang asiyah tak tahu..hehe
mesti azam tahun baru korang banyak kan?so,berusaha la sebaik mungkin untuk merealisasikan azam korang tu..jangan hanya di awang-awangan ..
ok lah,aisyah nak pi kedai jap beli barang,,insyaAllah malam ni aisyah akan update lagi ye..assalamualaikum..semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya.. ^_^
wani,syurkan atas video yang menyentuh hati ini...sayang wani sangat2 kerana Allah...semoga persahabatan kita semua akan kekal hingga syurga ye...walaupun kita sudah tak bersua,tapi doa ecah sentiasa mengiringi sahabat-sahabat semua....
teringat mase kite form 3 dulu,ke mana je mesti segroup...same2 study group sekali,mkan sekali...teringat saat-saat tu balik,jadi sedih pulak..betapa kuatnya ikatan ukhwah antara kita tika itu..namun,saat ini walaupun kita tak bersama,ikatan ukhwah antara kita makin kuat dan takkan pernah pudar malah akan bertambah kuat dan kuat dari hari ke hari...uhibbuki fillah,ya sodiqoti.. ^_^
love u all because Allah..semoga kita sentiasa dalam penjagaan-Nya... :-)
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."(Hadis riwayat al-Hakim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
berkawan biar seribu,berkasih biar satu
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberi 3 rasa,
Sayang, Kasih dan Kasihan. dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan,
Berkenalan, Berteman, Berkawan dan Bersama. Dalam 4 peraka itu tersembunyi 5 perkataan,
Teman Baik Selalu Di Sisi. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian,
Sayang, Kekal, Setia, Mengerti, menghargai dan Mengingati. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huru keramat,
*SAHABAT*
terimalah video ni khas untuk sahabat-sahabat yang ecah sayangi kerana Allah sekalian... <3