Thursday, October 20, 2016

Tika Ujian Datang.


Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, masih diberi pinjaman oksigen utk meniti hari-hari di bumi ini. Allahu, bila teringat akan dosa-dosa silam terasa begitu kerdil diri ini. Terasa seolah-olah sedang berada di tengah-tengah laut yang dalam airnya.

Tika ini.
Hati mula berasa keliru.
Keliru dengan apa yang muncul di depan mata.
Walaupun hanya sementara,
Tapi kesannya sungguh mendalam dalam diri ini.

Benarlah orang kata,
Bila kita mula berasa selesa dengan sesuatu perkara yang berlaku,
Kita akan lupa pada hakikat asal perkara itu terjadi.
Kita lupa bahawa itu adalah sekadar UJIAN untuk kita.

Ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita terhadapNya.
Ujian Allah untuk menguatkan kita dalam apa jua keadaan,
Ujian Rabb untuk menyedarkan kita hakikat sebenar sebuah pertemuan dan perpisahan.

Ya Allah.
Sungguh, aku tak kuat.
Aku tak kuat untuk menempuh ujian yang Engkau sediakan ini.
Aku cuba untuk kuat dan bangkit dari kesedihan ini.

Namun, hati manusia tak selalu kental.
Aku rebah tatkala diri ini nun jauh keseorangan,
Aku berduka saat diri ini terimbau kenangan lama,
Aku tak mampu untuk berdiri, lagak seperti tiada masalah.

Ya Allah,
Akan tetapi,
Aku tahu Engkau sediakan Ujian itu bukan untuk melemahkan,
Tapi.

Kerna.
Engkau percaya dan yakin bahawa kami mampu hadapinya.
Engkau sediakan kekuatan untuk kami di saat kami sujud padaMu,
Engkau kurniakan hidayah dan petunjukMu ketika kami temui jalan buntu.

Sungguh,
Aku tahu Engkau sangat sayangkan kami.
Engkau amat dambakan kami untuk sujud padaMu.
Memohon padaMu,
Agar kami tidak terus hanyut dalam dunia ciptaan kami.


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153).

Terima kasih Ya Allah.
Kerna kurniakan kepada kami.
sebuah UJIAN.
Agar kami dapat kuatkan diri kami.
Dan menempuh kehidupan sehari-hari dengan mengingatiMu.

**

Aku cuba untuk kuat.
Aku cuba untuk menjadi tabah di hadapan khalayak.
Aku cuba untuk tersenyum saat hati teringat akan ujian ini.

*Doakan aku teman, untuk sentiasa kuat dalam meniti kehidupan ini*
 

Design by Adam Izzuddin ©| Best View: Google Chrome