Saturday, November 5, 2011
BeRaPAkAh HaRgA sEbUaH pEnGoRbAnAn??
Bismillahirrahmanirrahim.. InsyaAllah, lagi beberapa hari kita ummat Islam akan merayakan satu lagi perayaan dalam kalendar Islam iaitu perayaan hari raya haji. hari raya haji juga dikenali sebagai hari raya korban atau hari raya eid adha. Lembu yang mungkin akan di korbankan.. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Ia dinamakan hari raya korban sebagai mengenang peristiwa betapa kepatuhan Nabi Ismail dan ayahandanya Nabi Ibrahim kepada perintah Allah. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Ismail. Ayah mana yang sanggup berkorban? Anak mana yang sanggup dikorbankan? sanggup di sembelih oleh ayahandanya? Tapi demi yakin dan patuh kpd perintah Allah, kedua2 mereka sanggup berkorban. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan mereka berdua? Nabi pilihan Allah.. Jika kita, sanggupkah kita berkorban utk ibubapa kita? sanggupkah kita bersusah payah demi ibu bapa kita apatah lagi di sembelih oleh bapa kita? Iman kita yang tidak kuat, pasti menentang suruhan itu. Namun Ismail menurut sahaja perintah ayahandanya dengan sabar dan yakin ia juga adalah perintah dr Allah..Subhanallah.. Namun, Allah sekadar ingin menguji kepatuhan kedua nabi pilihanNya itu. Setelah tiba saat Ismail di sembelih, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor binatang korban yg lain iaitu kalu tak silap aku, kibas. Sejauh Mana Penghayatan Hari Raya Korban. Apa yang sanggup anda korbankan? kita sering mendengar, untuk mencapai sesuatu kejayaan, pasti ada sesuatu yang perlu dikorbankan, this what we called “Price To Pay”. Berapa banyak harga sebuah pengorbanan yang mampu anda bayar? berapa tinggi nilai sesuatu pengorbanan demi mengecap sesuatu yang di namakan kejayaan? Mampukah anda? Ramai yang sanggup berkorban tapi demi sesuatu yang tiada manfaat. Korbankan maruah diri demi cintkan sang kekasih. Akhirnya diri sendiri yang rugi. Ramai yang sanggup berkorban tapi sejauh manakah membuahkan hasil? berbaloikah sebuah pengorbanan jika keputusannya nanti hanya mengecewakan? Sanggupkah berkorban tanpa mengetahui apa risiko yang bakal anda lalui? Mungkin hidup dan mungkin mati? Berkorban demi jalan Allah, sejauh mana aku mampu melakukannya? Sejauh manakah aku tegar melakukannya? Kuatkah kaki aku? Kukuhkah langkah ku? Betapa ummat terdahulu sanggup berkorban demi menegakkan syiar Islam. Khadijah sanggup berkorban menggunakan hartanya demi perjuangan Islam. Kaum muhajirin dan ansar yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam yang tercinta. Para sahabat yang sanggup berjuang mengangkat pedang berjuang mati-matian demi nama Islam. Pengorbanan junjungan mulia Nabi Muhammat SAW kepada kita ummatnya…hingga di saat kemangkatan baginda masih menyebut “ummati..ummati..ummati..”. sungguh, jika di bandingkan aku dengan pengorbanan mereka, aku langsung tiada apa2 sumbangan. sekecil zarah pun tidak. Bagaimana Ingin Berkorban? Baru2 ini kita dikejutkan dengan berita pengeboman di Mumbai, kononnya militan Islam yang terlibat. Wallahua’alam. Jika benar Muslim yang terlibat, adakah benar tindakan mereka? Adakah wajar pengorbanan mereka? Adakah betul cara mereka? Matlamat tidak menghalalkan cara.. Mungkin mereka hidup dalam penderitaan akibat di aniaya oleh pihak kafir. mungkin keluarga dan rumah mereka sudah binasa lantas mencetuskan api kemarahan dan bara dendam. berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! tapi akhirnya tindakan mereka membunuh orang awam adalah bukan suatu tindakan yang terpuji. Berkorban..tapi tidak kena caranya. berbaloikah? Akhirnya nama Islam terpalit lumpur..”Islam agama pengganas!” mereka yang suka mengambil kesempatan lantas menunding jari dan mengadili sesuka hati mereka. Bagaimana Ingin Berkorban? Adakah cukup dan memadai dengan hanya bersimpati dan menghantar doa kepada saudara seagama kita di Palestin, Afghanistan, Thailand dan seluruh dunia yang sedang menderita dan di tindas? “Ah..usah lihat jauh, Islam di Malaysia sendri pun tidak utuh. Muslim bertelagah. Muslim meminum arak. Muslim berzina. Muslim mendedahkan aurat. Muslim tidak segan silu berbuat maksiat. dan malu2 melakukan ibadat..Amar makruf nahi munkar, sejauh mana perlaksanaanya?muslim..hanya pada nama…dan aku bagaimana pula?” Sejauh Mana Aku Sanggup Berkorban? Ada getar dalam hati ini. Ada suara membisikkan sesuatu. Sesuatu yang sukar untuk aku tafsirkan. Atau akukah yang sengaja tulikan telinga ini? Ada suara membisikkan sesuatu. Ada masanya lantang namun kadangnya menikus. Haruskah aku menurut kata hati. Menuntun jasad bersatu dengan jiwa. Sesuatu yang sukar untuk aku tafsirkan. Lantaran iman yang lemah. Kudrat yang tidak seberapa. Atau aku yang mencari alasan? Atau akukah yang sengaja tulikan telinga. Atau butakan mata, menidakkan kata hati? Harus bagaimanakah langkahku di atur? Perlu bagaimanakah arahku di hala? Tuhan, dan kepadaMu aku kembali. KepadaMu, aku berserah memohon kekuatan. DariMu aku memohon petunjuk… Jika ia baik untukku, maka Kau bantulah aku.. Permudahkanlah segala urusanku. Amin.
Tweet
No comments:
Post a Comment