Thursday, November 29, 2012

Hijrah Emir ^_^





"Emir,bilalah kau nak berubah ea?Kau tak seik ke duk mencuri,meragut pastu duk kacau anak gadis orang tu.Kang dorang report dekat parents dorang baru kau tahu langit tu tinggi ke randah",marah Irfan yang sudah lali melihat perangai temannya itu.

"Eh,kau jangan sibuk boleh tak?Iut suka hati aku la nak berubah bila,ke,ape ke.Yang kau bising ni kenapa?",bidas Emir dalam marahnya.

Pantas Emir bangun lalu meninggalkan Irfan yang terpinga-pinga di situ.Beru menapak dua,tiga langkah,tiba-tiba Emir terlanggar seorang gadis bertudung menyebabkan buku-buku yang dipegangnya terjatuh.Dek rasa marah terhadap Irfan dan perasaan ingin menutup kesalahannya,Emir menghamburkan kemarahannya kepada gadis itu.

"Woi,berjalan tu lain kali pakai mata tau tak!Jangan main rempuh je orang ni.",jerkah Emir yang kemudiannya mengejutkan Irfan yang sedang leka memerhatikannya sedari tadi.Gadis itu kelihatan seperti ingin berkata-kata.

"Ma...maafkan saya.saya betul-betul tak sengaja.",balas gadis bertudung itu seraya mengangkat wajahnya.Dia lantas terus tunduk dan megutip buku-bukunya yang terjatuh dan berlalu pergi dengan cepat.

'Mak aih!!Cantik jugak budak tu.Boleh la aku nak jadikan mangsa seterusnya.hehe',bisik hati kecil Emir.

*******************************************************

Beberapa hari selepas itu,Emir sekali lagi terserempak dengan gadis betudung itu.Dilihatnya gadis itu sedang leka membaca bukunya.Kali ini,dia nekad untuk menyapa gadis itu.Lantas,Emir menuju ke arah gadis itu.

"Hai,sorang je ke?",tanya Emir perlahan seraya duduk di sebelah gadis itu.

"Assalamualaikum.A'ah,sorang je",balas gadis itu.Dia perlahan-perlahan menjarakkan dirinya daripada Emir.Khuatir berlaku pekara yang tidak dingini nanti.

"Ermm,waalaikumussalam",Emir terkulat-kulat malu sendirian."Nama saya Emir.Saya nak minta maaf dengan awak pasal kejadian hari tu.Saya tak sengaja langgar awak",terang Emir bersungguh-sungguh.

"Hmm,takpe",gadis itu bertutur perlahan."Siapa nama awak?Boleh saya berkenalan dengan awak?",soal Emir pantas.Gadis itu lantas memperkenalkan dirinya sebagai Saleha.Emira bijak bermain dengan kata-kata sehinggan akhirnya mereka menjadi sahabt yang rapat sekali.Segala masalah dan rahsia mereka sentiasa kongsi bersama.

'Aku dah jatuh hati ke dengan Saleha?Kenapa setiap kali aku berada dekat dengannya,perasaanku jadi semacam je.Apa penerimaan Saleha kalau dia tahu aku sukakan dia?Tapi,layak ke aku untuk dicintai oleh seorang gadis yang baik sedangkan aku ni jahat?Aku kena beritahu hal yang sebenar kat Saleha,biar dia tahu siapa sebenarnya aku ni.',monolog Emir sendirian di dalam hati.

Suatu hari,Emir telah menceritakan mengenai latar belakang hidupnya yang sebenar kepada Saleha.Mengenai perbuatannya yang suka mencuri dan mangacau anak gadis orang satu waktu dahulu.Jelas terpancar riak terkejut di wajah Saleha tatkala Emir menceritakan hal yang sebenar.Dia tidak menyangka bahawa Emir seorang budak nakal pada zaman remajanya dulu.

"Saya nak berubah,Sal.Boleh ke saya nak berubah?Layak ke saya untuk berubah?Mesti orang lain ingat saya just main-main kan?tapi,saya memang betul-betul nak berubah.Saya nak bertaubat Sal",terang Emir kepada Saleha.

"Emir,tak salah kalau awak nak berhijrah daripada perangai buruk ke perangai baik.Lagipun,hijrah tu perlu dalam diri setiap manusia.Sedangkan nabi kita sendiri berhijrah,inikan pulak kita yang hanya hamba Allah di muka bumi ni.Hijrah tu kan ade banyak maksud,salah satunya ialah meninggalkan perkara buruk dan digantikan dengan perkara baik.Pedulikan apa orang nak kata kat awaklYang penting ,niat awak ikhlas nak berubah sebab Allah.Saya sokong sangat kalau awak nak berubah.Lebih-lebih lagi sekarang ni nak masuk awal tahun baru hijrah.Lagilah bagus.Kita tutup buku lama bukak buku baru.Penuhkan buku baru ini dengan amalan-amalan yang baik.",nasihat Saleha panjang lebar kepada Emir.

Teringat Emir pada kata-kata seorang ustaz suatu waktu dahulu.Ketika itu,dia masih lagi seorang remaja yang jahil ilmu agama.Ustaz itu berkata dalam ceramahnya sempena bulan tahun baru hijrah,"Kita tidak dapat menafikan bahawa di dalam hati dan sanubari seorang remaja itu pastinya menginginkan perubahan. Kalau dahulu tuturnya kasar, lagaknya hebat, sikapnya angkuh mungkin segalanya mahu dibuang jauh. Kalau dahulu ibadahnya dingin mungkin mereka mengharap sinar untuk kembali rapat kepada Allah. Kalau dahulu terjebak ke lembah zina dan dadah, mungkin ada cahaya di lorong kegelapan.
Namun, apa salahnya mengambil peluang awal Muharam ini untuk melakukan hijrah. Hijrah menurut bahasa bermaksud meninggalkan. Hijrah pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berlaku apabila golongan Muslimin berpindah dan berhijrah meninggalkan Makkah untuk kepentingan agama. Ia penting bagi kelangsungan dakwah Islamiah dan perkembangannya. Umumnya hijrah juga diertikan sebagai berubah dan meninggalkan apa yang dilarang Allah dan kembali melakukan suruhan-Nya. Dalam erti kata lain hijrah atau perubahan diri seseorang itu mungkin berlaku dari segi tutur kata, tingkah laku serta sikap.",Benar,tak salah aku nak berubah ke arah kebaikan.Emir nekad untuk berubah di dalam hatinya.

Mulai saat itu,Emir telah berubah menjadi seorang yang taat perintah agama dan sentiasa mengerjakan amalan-amalan yang diredhai-Nya.Dia telah meninggalkan segala perbuatan yang dimurkai Allah dan yang dibenci masyarakat.Dia sering ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama.Temannya Irfan turut mengikut jejak langkahnya untuk berubah.Mereka sama-sama berubah ke arah kebaikan.Mereka sedar bahawa redha Allah itu perlu dicari,bukan dinanti.

*******************************************************

Beberapa tahun selepas itu,Emir dan Saleha akhirnya telah mendirikan rumah tangga.Dengan sekali lafaz,Saleha telah sah menjadi isteri Emir.Setitis air mata kegembiraan terbit dari tubir mata Saleha.Akhirnya,doanya dimakbulkan apabila dia dikurniakan seorang suami yang begitu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.

'Benar,hijrah itu penting dalam diri setiap manusia.Tanpa hijrah,kita tidak akan dapat mengenali diri kita yang sebenar-benarnya.',monolog Emir sendirian di dalam hatinya.

'Tinggalkan apa yang meragukanmu,kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu,sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan,dan dusta itu menimbulkan keraguan,riwayat Attirmidzi'


 
 
~Salam Maal Hijrah 1434 Masihi~ ^_^

No comments:

 

Design by Adam Izzuddin ©| Best View: Google Chrome