Tuesday, December 25, 2012

Tips Menghilangkan Marah Dalam Islam




1) Ubah posisi duduk.

Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,

“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk

Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.

“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air.

Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.

4) Berdiam diri apabila marah.

Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.

5) Menyampaikan kemarahan secara positif.

Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.

6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.

Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.

7) Keluar dari rumah.

Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

tips lagi,, bila dah marah orang ringankan mulut untuk melemparkan senyuman dan banyak bercakap dengan dia try untuk ‘slow talk’, supaya takde rasa jauh hati antara individu.

tu sahaja tips yang aisyah boleh kongsi pagi ni...korang bolehlah try bagi yang tengah marah tu ea..aisyah rase ambik wuduk adalah paling baik apabila seseorang dalm keadaan marah...sebab berwuduk ni banyak kelabihannya selain drpd menghapuskan dosa-dosa kecil an.. ^_^

Monday, December 24, 2012

Ad@b Bersembang D@L@m !slam.. ^^

Sesungguhnya Islam agama yang indah. Setiap perkara mempunyai adab dan aturannya yang tersendiri. Semuanya diajarkan Nabi SAW sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti masuk dan keluar tandas.
Pernah terjadi beberapa orang Musyrikin mengejek Salman al-Farisyi r.a., kata mereka,
"Nabi kamu mengajarkan semua benda sehingga perkara berkaitan istinjak. Kata Salman, "Memang benar! Nabi kami menegah daripada membuang air besar atau kecil dalam keadaan menghadap kiblat, beristinjak menggunakan tangan kanan, beristinjak kurang daripada tiga biji batu." (Hadis Riwayat Muslim)
Antara adab yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam adalah adab bersembang. Apakah perbualan atau cara kita bersembang setiap hari menepati tuntutan Islam?
1. Suara yang rendah dan lembut.
Menurut Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah, meninggikan suara terhadap seseorang itu menunjukkan kurangnya hormat kita kepada mereka. Seeloknya kita bercakap dengan kadar yang sederhana, sebagaimana yang kita inginkan apabila mendengar daripada seseorang.
Adab ini perlu diamalkan sama ada ketika bersama sahabat mahupun musuh, orang yang dikenali mahupun tidak, orang kecil mahupun dewasa. Lebih- lebih lagi ketika bersama kedua-dua orang tua dan orang yang setaraf dengan mereka.
Menurut Abdullah bin Zubair r.a., selepas turunnya ayat ke-2 surah al-Hujurat iaitu "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi".  Sayidina Umar r.a. terus berubah sikapnya. Sekiranya bercakap dengan Nabi, dia akan bercakap seperti orang berbisik-bisik sehingga terpaksa disuruh ulang beberapa kali kerana tidak dapat difahami .
Imam Zahabi menyebut, "Jikalau orang tidak mengenali siapa Muhammad bin Sirin (ulama Tabi'in), mereka akan menyangka dia seorang yang sakit kerana terlalu rendah suaranya apabila bercakap dengan ibunya." Lihatlah, betapa beradabnya golongan salaf dalam berkata-kata.

2. Tidak menunjuk pandai.
Antara adab bersembang juga, kita tidak memalukan sahabat kita dengan menzahirkan kepada mereka apa yang kita ketahui sedangkan mereka tidak memahaminya. Sabda nabi SAW,
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)
Contohnya jikalau kita seorang pakar ekonomi dan berhadapan dengan seorang petani kampung, elakkan bercakap tentang kerja kita yang jauh di luar bidang mereka serta sukar difahami dengan mudah. Sebaik-baiknya, tunjukkanlah perhatian kepada mereka dan lebihkan mendengar daripada berkata-kata.
Seorang Tabi'in yang terkenal iaitu Imam Ata' bin Abi Rabah berkata, "Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi."
Khalid bin Safwan berkata, "Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
3. Biarkan mereka menghabiskan ucapan.
Sekiranya kita musykil tentang sesuatu yang diperkatakan, hendaklah bersabar sehingga seseorang menghabiskan ucapannya. Kemudian, soallah dengan adab dan berhemah. Jangan memotong di tengah-tengah percakapan. Ia akan menghilangkan adab serta menimbulkan rasa tidak senang orang yang sedang bercakap. Melainkan ketika dalam kelas pengajian, kita boleh bertanya dan berbincang sekiranya guru mengizinkan.
Menurut Ibrahim bin al-Junaid, "Belajarlah cara mendengar yang baik sepertimana kamu belajar cara bercakap yang baik. Antara ciri pendengar yang baik juga adalah membiarkan seseorang menghabiskan kata-katanya, bercakap menghadap tubuhnya dan bertentangan wajahnya serta tidak menyampuk sekiranya dia membicarakan sesuatu yang sudah kamu ketahui."

Nabi SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut. Inilah bukti keindahan pekerti Rasulullah SAW.
Sama-samalah kita mengamalkan adab yang indah ini. Walaupun nampak ringan dan kecil, pasti ada kelebihan pada setiap amalan yang dianjurkan ulama-ulama Islam. Kata pepatah Arab, "Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus."

Thursday, December 20, 2012

Petu@ Cant!ik deng@n cipt@an Allah

Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Masalah rambut gugur, bercabang atau berkelemumur merupakan antara masalah rambut yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut di komersialkan. Namun, masalah rambut kita masih tidak dapat di selesaikan.
Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.
Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat ^^
Petua 1 :: Mengelakkan Rambut Gugur ::
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut
Petua 2 :: Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum ::
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
Petua 3 :: Rambut Berminyak ::
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
Petua 4 :: Masalah Rambut Kering ::
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.

Petua 5 :: Menghitamkan Rambut ::
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.
Petua 6 :: Rambut Berbuah ::
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Petua 7 :: Meluruskan Rambut ::
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Petua 8 :: Rambut Cepat Panjang ::
Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.
Petua 9 :: Elak Rambut Mudah Beruban ::
Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.
Petua 10 :: Melebatkan Rambut ::
Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.
Petua 11 :: Rambut Bercabang ::
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.
Selamat Mencuba!!! ^^
alhamdulillah,sy pernah cuba yang petua 11 untuk masalah rambut bercabang tu....dan syukur ianya berhasil....anda pun boleh cuba,...  :)

sumber artikel:iluvislam.com

e-cErPeN~Kemb@l! ke J@lan yang diredhainya...





Nashmia Kaisara seorang gadis berumur 17 tahun yang cantik,bersopan-santun dan sentiasa menjaga auratnya.Di sekolah,dia dimnati ramai pelajar lelaki oleh kerana kecantikannya dan kecerdikannya.Dia sering mewakili sekolahnya dalam bermacam-macam pertandingan.Tetapi,semua itu tidak berkekalan lama.”Ingatkan panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari”,peribahasa ini sesuai dikaitkan dengan cerita di bawah.

        Kaisara mula terjebak dengan cinta terlarang sejak dia mengenali seorang jejaka berumur 20 tahun di lam sosial yang semakin digilai ramai,facebook.Bermula dengan chatting,perkenalan mereka semakin lama semakin akrab.Lama-kelamaan Kaisara jatuh cinta terhadap Syawal yang tidak kurang tampannya.Kini,Kaisara sering bertemu dengan Syawal di luar rumah tanpa menyedai wujud orang ketiga antara mereka iaitu syaitan.

        Kaisara sudah manjadi liar dan sering ponteng sekolah serta keluar malam.Nasihat ibu bapa dan teman-temannya sudah tidak dipedulikan.Hanya kata-kata manis yang sering diucapkan Syawal terbayang.Kaisara sudah tidak reti menutup aurat lagi.Dia sering mengikuti trend-trend terkini di majalah yang menunjukkan fesyen-fesyen yang menjolok mata.

        Semakin lama Kaisara semakin sayang kepada Syawal.Pujukan dan kata-kata romantis Syawal meresap ke dalam sanubarinya.Dia rela melakukan apa saja semata-mata untuk menggembirakan Syawal.Pada suatu hari,Kaisara telah menyerahkan makhota kegadisannya kepada Syawal hanya kerana ingin membuktikan cintanya kepada Syawal.Bermula dengan adegan itu,Kaisara dan Syawal sering melakukan perbuatan terlarang itu setiap kali mereka keluar tanpa menghiraukan dosa yang mereka lakukan dan akibat yang akan terjadi.”jangan rsau!I akan bertanggungjawab dan akan kahwin dengan u nanti sebab I sayang u”,itulah kata-kata yang sering Syawal ungkapkan sesudah mereka melakukan perbuatan keji itu.

        Sehingga pada suatu hari Kaisara telah disahkan mengandung 2 bulan.Dia berasa amat risau kerana kandungannya pasti akan membesar apabila mencecah 5 bulan.Dia lantas memberitahu Syawal mengenai  hal ini dan memintanya untuk bertanggungjawab ke atas kandngan tersebut.”apa kes u ni???ni bukannya anak i la,so,buat ape i nak bertanggungjawab???u punya hal la.pergi mapus la u!!!”,Syawal menafikan bahawa anak dalam kandungan itu adalah anaknya.Kaisara berasa amat sedih kerana Syawal telah menipunya selama ini.Sejak pada hari itu,Syawal tidak lagi kelihatan.Usaha mencari jejak Syawal akhirnya menemui jalan mati.

        ‘Sepandai-pandai tupai melompat,akhirmya jatuh ke tanah juga’.Begitulah nasib Kaisara  apabila ibunya,Puan Malisa curiga akan keadaan perutnya yang semakin hari semakin memboyot itu.Puan Malisa dan suaminya,Encik Amran mendesak supaya Kaisara menceritakan hal yang sebenar.Akhirnya setelah didesak berulang kali,Kaisara terpaksa membeitahu perkara sebenar mengenai perbuatan dia dan teman lelakinya itu.”Ya Allah,anakku!kau sedar tak yang kau dah aibkan keluarga kita!kau tak sedar ke dosa yang kau buat selama ni dangan teman lelaki kau tu???kita ni orang Islam,nak.Islam larang kita bersentuhan dengan bukan muhrim.kau sedar tak semua ni???bertaubatlah anakku!”,ucap ibunya dalam esak tangis.Abinya hanya mampu mendengar luahan hati seorang ibu yang selama ini telah manjaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh.”umi,maafkan Sara umi.Sara tahu Sara bersalah dengan umi dan abi,dengan Allah.maafkan Sara,umi,abi.Sara menyesal atas perbuatan Sara selama ni.Sekarang baru Saru tahu yan Syawal cuma  nak main-mainkan Sara.Maafkan Sara”’,Sara memohon ampun kepada kedua ibubapanya.”Sara,abi dan umi dah maafkan Sara.Baguslah sebab Sara dahsedar kesilapan Sara.Yang pentig sekarang ni,Sara kena mintak ampun banyak-banyak dengan Allah sebab Sara dah buat dosa besar dengan Allah.abi dan umi dah lama maakan Sara”,abinya berkata setelah dari tadi mendiamkan diri.Malam itu,Kaisara berteleku di atas tikar sejadah untuk memohon keampunan kepada yang maha ESA.”Ya Allah Ya Tuhanku,ampunkanlah dosa-dosaku selama ini.aku telah mengingkari laranganmu supaya tidak berzina.ampunkan aku.teimalah aku kembali sebagai hambamu yang solehah.aku akan mengubah sikapku ini kepada yang asal.dan anak dalam kandunganku ini adalah hadiah darimu,akan ku jaga dan merawat anak ini dengan sepenuh kasih sayang kerana aku tahu bayi ini tidak bersalah sama sekali dan telah diutuskan utuk aku manjaganya dengan baik.ampunkanlah aku.dengarlah rintihan hambamu yang menghaap belas darimu.amin ya rabbal alamin”,itulah doa Kaisara setiap kali selepas solat fardu.Pabila genap kandungan Kaisara 9 bulan dan 10 hari,maka lahirlah seorang bayi comel persis bidadari syurga yang dinamakan Fatin Syaqeera




        Kini,Kaisara sudah tidak bersekolah lagi.Dia hanya duduk di rumah managa bayinya kerana dia malu untukKini,Kaisara sudah tidak bersekolah lagi.Dia hanya duduk di rumah managa bayinya kerana dia malu untuk bersua muka dengan teman-temannya apatah lagi guru-gurunya.Bayinya yang lahir tanpa kasih sayang seorang ayah itu kini telah menjangkau usia 1 tahun.Anak hasil daripada hubungan terlarang Kaisara dengan bekas kekasihnya,Syawal yang kini telah meninggal dunia dalam 1 kemalangan jalan raya beberapa bulan yang lepas akan dijaga dan diberi didikan agama yang secukupnya untuk menjadi seorang muslimah yang mentaati perintah ibu bapa dan Allah..Kaisara kini sedar bahawa segala perbuatannya selama ini telah mengaibkan keluarganya bahkan telah memusnahkan pelajarannya.Cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah tidak akan kekal dan hanya membawa impak negatif dalam diri Kaisara.Tetapi apakan daya,”nasi sudah manjadi bubur”.


amacam??best tak??sila bagi komen anda ye...



     

Wednesday, December 19, 2012

Per!s@i Mu$limah

 
 
Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.

Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.
Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.

Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".
Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".


Kini, sedih apabila kedengaran di telinga, "orang pakai tudung labuh ni bukan baik sangat pun". Seorang sahaja yang membolosi perisainya, semua yang bertudung labuh turut terkena tempiasnya. Memakai tudung labuh juga bukan kerana ingin memberitahu bahawa "aku ni alim", tapi cuba untuk menjaga diri dari fitnah dunia.

Sekilas pandang di sebuah 'blog' milik seorang muslimah tidak di kenali, terbaca sebuah kata-kata yang berbunyi:-

"Jangan kau sangka labuh tudungku ini tanda alim diriku, aku juga sepertimu masih mencari-cari segenap cahaya buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan setakat menutupi tetapi melindung jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlaq itu bunga diri".

Buktikanlah anda seorang muslimah yang berkeperibadian seperti seorang muslimah.
Wahai muslimah, menutup aurat itu satu kewajipan, tidak kiralah bagaimana gayanya. Berpakaianlah seperti seorang muslimah, kerana pakaian melambangkan diri kita. InsyaAllah.
 

♥ Congrats Junior PMR! ♥


alhamdulillah,lega bila result PMR dah keluar hari ni..tahniah untuk sepupu aisyah,fathini sebab dapat straight A's...nanti ain bagi adiah ea...hehe 

tak lupa jugak untuk junior sekolah aisyah,smka nurul ittifaq yg dpat 9A dalam PMR ni....aisyah bangga engan korang semua sebab dah buktikan yang korang boleh buat...bagi,yang tak berjaya,jangan risau okei sebab ni bukan yang terakhir untuk anda semua..jangan jadikan gagal kali ini sebagai sebab untuk anda gagal selamanya....buangkan rasa putus asa dan terus berusah untuk menggapai keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti,kerana itu yang lebih penting dalam hidup kita.....

and jangan lupa satu hal,jangan jadikan tahun hadapan(time korang form 4) sebagai tahun untuk honeymoon okei..tak de mase untuk honeymoon kerana anda harus berusha dari sekarang untuk menggapai impian yang besar...jangan dok tunggu sampai dekat2 exam,baru nak kalut study semua subjek..tu bukan cara yang betul untuk anda berjaya...

pilih aliran yang korang boleh rasa follow..kalau rase aliran tu korang xleh follow,just letak tepi and ambil aliran lain....jangan disebabkan anda tersilap mengambil aliran,anda akan kecundang di akhirnya....ingat,pilih betul-betul ye adik-adik!!!jangan pakai ambik senang je nak ambik aliran tu...kalau boleh,buat semayang istikharah untuk tentukan aliran mane yg terbaik untuk kita... ^_^

teruslah berusaha untuk mencapai kejayaan yg sebenar-benarnya dalam SPM nanti...mulakan azam anda dri sekarang untuk mencipta sejarah baru..jangan biarkan perasaan putus asa dan patah semangat beraja di minda anada semua ye..so,bangkitlah dan set in mind yg gagal kali ini bukan bererti gagal untuk selamanya,am i right??
everthing happens without ressons..so,don't ever judge the fate that happen to you...maybe Allah want you to be more patient girl/boy... ^_^

Monday, December 17, 2012

#Review Blog Part 1

seperti yang semua tahu,GA aisyah dibatalkan...sebab tak ramai yg join...
sedih la jugak..tapi,mungkin ade yang kurang menarik pasal blog aisyah yang tak dapat menarik minat blogger untuk datang..so,sebgai menghargai usaha peserta yg join,aisyah akan review blog peserta2...terima kasih korang sebab sudi join GA aisyah ni..maaf sebab tade hadiah yang aisyah boleh bagi..cume ni aje...  

first blog is::


blog kak syamilah comel,pinky pulak..aisyah suke..
lagipun senang loading blog akak comel ni..
header akak ni msti ade makne tersendiri kan??  :)
simple but nica,aisyah suke blog yang macam kak syamilah ni...  ^_^

Sunday, December 16, 2012

~END-YEAR GIVEAWAY BY BLOG BINGKISAN HATI SEORANG MUSLIMAH~

 
 
dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
GA ni DITUTUP!
 
 *banner tersangat buruk



nape ditutup??sebab xrmai yg join..
dlam 6 org je join....huhu,sedih jugak sebab xdpat sambutan....

pserta yang join:
 
ha,tengok??6 orang je join kan...
kepada korang sume ,thanks sebab sudi jon api aisyah terpaksa batalkan GA ni sebab sikit sangat yang masuk..
tapi,jangan risau...sebgai menghargai usaha korang join GA ni,aisyah akan review blog korang...tu je yang aisyah boleh buat..maaf ye semua... 



Sunday, December 2, 2012

Senarai Hadiah untuk giveaway by blog bingkisan hati seorang muslimah

hye sume...
malam ni aisyah nak update sal senarai hadiah untuk GA aisyah tu eh..
ade 10 pemenang semuanya termsuk utk top refferal...

1.topup celcom rm5 x 3 pemenang
2.topup maxis rm3 x 3 pemenang


3.keychain/hp strap felt craft x 3 pemenang



4.hadiah misteri utk top refferal..so,jom la share bnyak2..  :)



sebagaimana yg semua tahu,aisyah guna random org. utk tentukan pemenang..nti xtimbul pilih kasih,ye tak???  ^_^


actually,aisyah buat GA ni sbb da lame xupdate blog...dah lame tak blogwalking blogger-blogger lain..sebab tu la aisyah bt GA ni,at least,aisyah boleh blogwalking smbil bt GA ni...bt kerja amal smbil2...hehe

opss,terlupa nak bagitau..30 peserta bertuah akan direview blognya & dimasukkan dlam bloglist aisyah..nak??kalau nak,join la ye..  :)

p/s:bilangan hadiah mungkin akan ditambah jika cukup bajet..sebab semuanya 100% drpd aisyah sndri...tnggu & lihat je ea...  =)

testing..

 

Design by Adam Izzuddin ©| Best View: Google Chrome