Nashmia Kaisara seorang gadis berumur 17 tahun yang
cantik,bersopan-santun dan sentiasa menjaga auratnya.Di sekolah,dia dimnati
ramai pelajar lelaki oleh kerana kecantikannya dan kecerdikannya.Dia sering
mewakili sekolahnya dalam bermacam-macam pertandingan.Tetapi,semua itu tidak
berkekalan lama.”Ingatkan panas hingga ke petang,rupanya hujan di
tengahari”,peribahasa ini sesuai dikaitkan dengan cerita di bawah.
Kaisara mula terjebak
dengan cinta terlarang sejak dia mengenali seorang jejaka berumur 20 tahun di
lam sosial yang semakin digilai ramai,facebook.Bermula dengan
chatting,perkenalan mereka semakin lama semakin akrab.Lama-kelamaan Kaisara
jatuh cinta terhadap Syawal yang tidak kurang tampannya.Kini,Kaisara sering
bertemu dengan Syawal di luar rumah tanpa menyedai wujud orang ketiga antara
mereka iaitu syaitan.
Kaisara sudah manjadi
liar dan sering ponteng sekolah serta keluar malam.Nasihat ibu bapa dan
teman-temannya sudah tidak dipedulikan.Hanya kata-kata manis yang sering
diucapkan Syawal terbayang.Kaisara sudah tidak reti menutup aurat lagi.Dia
sering mengikuti trend-trend terkini di majalah yang menunjukkan fesyen-fesyen
yang menjolok mata.
Semakin lama Kaisara
semakin sayang kepada Syawal.Pujukan dan kata-kata romantis Syawal meresap ke
dalam sanubarinya.Dia rela melakukan apa saja semata-mata untuk menggembirakan
Syawal.Pada suatu hari,Kaisara telah menyerahkan makhota kegadisannya kepada
Syawal hanya kerana ingin membuktikan cintanya kepada Syawal.Bermula dengan
adegan itu,Kaisara dan Syawal sering melakukan perbuatan terlarang itu setiap
kali mereka keluar tanpa menghiraukan dosa yang mereka lakukan dan akibat yang
akan terjadi.”jangan rsau!I akan bertanggungjawab dan akan kahwin dengan u
nanti sebab I sayang u”,itulah kata-kata yang sering Syawal ungkapkan sesudah
mereka melakukan perbuatan keji itu.
Sehingga pada suatu
hari Kaisara telah disahkan mengandung 2 bulan.Dia berasa amat risau kerana
kandungannya pasti akan membesar apabila mencecah 5 bulan.Dia lantas
memberitahu Syawal mengenai hal ini dan memintanya untuk bertanggungjawab
ke atas kandngan tersebut.”apa kes u ni???ni bukannya anak i la,so,buat ape i
nak bertanggungjawab???u punya hal la.pergi mapus la u!!!”,Syawal menafikan
bahawa anak dalam kandungan itu adalah anaknya.Kaisara berasa amat sedih kerana
Syawal telah menipunya selama ini.Sejak pada hari itu,Syawal tidak lagi
kelihatan.Usaha mencari jejak Syawal akhirnya menemui jalan mati.
‘Sepandai-pandai
tupai melompat,akhirmya jatuh ke tanah juga’.Begitulah nasib Kaisara
apabila ibunya,Puan Malisa curiga akan keadaan perutnya yang semakin hari
semakin memboyot itu.Puan Malisa dan suaminya,Encik Amran mendesak supaya
Kaisara menceritakan hal yang sebenar.Akhirnya setelah didesak berulang
kali,Kaisara terpaksa membeitahu perkara sebenar mengenai perbuatan dia dan
teman lelakinya itu.”Ya Allah,anakku!kau sedar tak yang kau dah aibkan keluarga
kita!kau tak sedar ke dosa yang kau buat selama ni dangan teman lelaki kau
tu???kita ni orang Islam,nak.Islam larang kita bersentuhan dengan bukan
muhrim.kau sedar tak semua ni???bertaubatlah anakku!”,ucap ibunya dalam esak
tangis.Abinya hanya mampu mendengar luahan hati seorang ibu yang selama ini
telah manjaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh.”umi,maafkan Sara
umi.Sara tahu Sara bersalah dengan umi dan abi,dengan Allah.maafkan
Sara,umi,abi.Sara menyesal atas perbuatan Sara selama ni.Sekarang baru Saru tahu
yan Syawal cuma nak main-mainkan Sara.Maafkan Sara”’,Sara memohon ampun
kepada kedua ibubapanya.”Sara,abi dan umi dah maafkan Sara.Baguslah sebab Sara
dahsedar kesilapan Sara.Yang pentig sekarang ni,Sara kena mintak ampun
banyak-banyak dengan Allah sebab Sara dah buat dosa besar dengan Allah.abi dan
umi dah lama maakan Sara”,abinya berkata setelah dari tadi mendiamkan
diri.Malam itu,Kaisara berteleku di atas tikar sejadah untuk memohon keampunan
kepada yang maha ESA.”Ya Allah Ya Tuhanku,ampunkanlah dosa-dosaku selama
ini.aku telah mengingkari laranganmu supaya tidak berzina.ampunkan aku.teimalah
aku kembali sebagai hambamu yang solehah.aku akan mengubah sikapku ini kepada
yang asal.dan anak dalam kandunganku ini adalah hadiah darimu,akan ku jaga dan merawat
anak ini dengan sepenuh kasih sayang kerana aku tahu bayi ini tidak bersalah
sama sekali dan telah diutuskan utuk aku manjaganya dengan baik.ampunkanlah
aku.dengarlah rintihan hambamu yang menghaap belas darimu.amin ya rabbal
alamin”,itulah doa Kaisara setiap kali selepas solat fardu.Pabila genap
kandungan Kaisara 9 bulan dan 10 hari,maka lahirlah seorang bayi comel persis
bidadari syurga yang dinamakan Fatin Syaqeera
Kini,Kaisara sudah
tidak bersekolah lagi.Dia hanya duduk di rumah managa bayinya kerana dia malu
untukKini,Kaisara sudah tidak bersekolah lagi.Dia hanya duduk di rumah managa
bayinya kerana dia malu untuk bersua muka dengan teman-temannya apatah lagi
guru-gurunya.Bayinya yang lahir tanpa kasih sayang seorang ayah itu kini telah
menjangkau usia 1 tahun.Anak hasil daripada hubungan terlarang Kaisara dengan
bekas kekasihnya,Syawal yang kini telah meninggal dunia dalam 1 kemalangan
jalan raya beberapa bulan yang lepas akan dijaga dan diberi didikan agama yang
secukupnya untuk menjadi seorang muslimah yang mentaati perintah ibu bapa dan
Allah..Kaisara kini sedar bahawa segala perbuatannya selama ini telah
mengaibkan keluarganya bahkan telah memusnahkan pelajarannya.Cinta yang hanya
berlandaskan nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah tidak akan kekal dan
hanya membawa impak negatif dalam diri Kaisara.Tetapi apakan daya,”nasi sudah
manjadi bubur”.
amacam??best tak??sila bagi komen anda ye...
No comments:
Post a Comment