Friday, June 7, 2013

◕‿◕ ....sahabat selamanya... ◕‿◕


wani,syurkan atas video yang menyentuh hati ini...sayang wani sangat2 kerana Allah...semoga persahabatan kita semua akan kekal hingga syurga ye...walaupun kita sudah tak bersua,tapi doa ecah sentiasa mengiringi sahabat-sahabat semua....

teringat mase kite form 3 dulu,ke mana je mesti segroup...same2 study group sekali,mkan sekali...teringat saat-saat tu balik,jadi sedih pulak..betapa kuatnya ikatan ukhwah antara kita tika itu..namun,saat ini walaupun kita tak bersama,ikatan ukhwah antara kita makin kuat dan takkan pernah pudar malah akan bertambah kuat dan kuat dari hari ke hari...uhibbuki fillah,ya sodiqoti.. ^_^

love u all because Allah..semoga kita sentiasa dalam penjagaan-Nya... :-)


"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."(Hadis riwayat al-Hakim)


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).


Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."


berkawan biar seribu,berkasih biar satu


Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”


“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).







"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberi 3 rasa,
Sayang, Kasih dan Kasihan. dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan,
Berkenalan, Berteman, Berkawan dan Bersama. Dalam 4 peraka itu tersembunyi 5 perkataan,
Teman Baik Selalu Di Sisi. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian,
Sayang, Kekal, Setia, Mengerti, menghargai dan Mengingati. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huru keramat,
*SAHABAT*
terimalah video ni khas untuk sahabat-sahabat yang ecah sayangi kerana Allah sekalian...  <3
especially dedicated to:
~norhazwani,indahayu,siti aisyah,zaida syaqeera,hanifah hidayah,akmal syazwani,athirah syazwani,raihan,nur afifah,khairus syuhada,yusma aida,ain syfiqah,anis amila,siti mariam,aina nasibah,amalia farhanie,intan nasiha,syahir sukiman,zharfan,absyar dan shafiq.. ^_^

semoga ikatan ukhwah antara kita semua akan sentiasa berkekalan...terima kasih sahabat semua...  

4 comments:

jai said...

terima kasih kepada awak

Tengkubutang said...

done follow sini no. 724
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Unknown said...

hye2... jom follow dayat balik.. InsyaAllah allah menolog awak balik :)

Safarina Shaari said...

salam...sy da follow sini....jom singgah blog sy...

trima kasih...:) blog awak cntik..hehe

http://thestoryofayna.blogspot.com/

 

Design by Adam Izzuddin ©| Best View: Google Chrome