Tuesday, December 25, 2012

Tips Menghilangkan Marah Dalam Islam




1) Ubah posisi duduk.

Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,

“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk

Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.

“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air.

Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.

4) Berdiam diri apabila marah.

Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.

5) Menyampaikan kemarahan secara positif.

Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.

6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.

Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.

7) Keluar dari rumah.

Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.

tips lagi,, bila dah marah orang ringankan mulut untuk melemparkan senyuman dan banyak bercakap dengan dia try untuk ‘slow talk’, supaya takde rasa jauh hati antara individu.

tu sahaja tips yang aisyah boleh kongsi pagi ni...korang bolehlah try bagi yang tengah marah tu ea..aisyah rase ambik wuduk adalah paling baik apabila seseorang dalm keadaan marah...sebab berwuduk ni banyak kelabihannya selain drpd menghapuskan dosa-dosa kecil an.. ^_^

5 comments:

Ariana said...

hai jom join:)
http://diyasesame.blogspot.com/2012/12/segmen-free-gifs-from-diya-sesame.html

Nursha said...

nice entry!!
boleh dipraktikkan..
keep it up ^___^

from ::Arkitek Hati::

Wai said...

entri yn menarik.. follow me back.
http://ceritasenang.blogspot.com/

HanaNabihah said...

Hoho. yang Hana selalu buat bila marah ialah diam. sbb takut kalau berlawan ckp nanti tercakap benda yang tak patut & sakitkan hati org.

ain soofiyah said...

sebaik2 marah ialah, lmba marah cepat reda.. ;))

 

Design by Adam Izzuddin ©| Best View: Google Chrome