Saturday, December 17, 2011

KeMbAlI kE jAlAn YaNg diReDhAi-NYA.....



ASSALAMUALAIKUM semua..
ptg ny ecah just nk share satu cite je....
cerita ny ecah bt sndri tau..
bkan ciplak2 ea...
enjoy yourself reading this story....
gan lupe komen kt bwah 2 ea....



Nashmia Kaisara seorang gadis berumur 17 tahun yang cantik,bersopan-santun dan sentiasa menjaga auratnya.Di sekolah,dia diminati ramai pelajar lelaki oleh kerana kecantikannya dan kecerdikannya. Dia sering mewakili sekolahnya dalam bermacam-macam pertandingan.Tetapi,itu semua tidak berkekalan lama."Ingakan panas ke petang,rupanya hujan di tengah hari",peribahasa ini sesuai dikaitkan dengan dengan cerita di bawah.


Kaisara mula terjebak dengan cinta terlarang sejak dia mengenali seorang jejaka berumur 20 tahun di laman sosial yang semakin digilai ramai,facebook.Bermula dengan chatting,perkenalan mereka semakin lama semakin akrab.Lama-kelamaan,Kaisara jatuh cinta terhadap Syawal,lelaki yang tidak kurang tampannye(handsome la).Kini Kaisara sering bertemu dengan Syawal di luar rumah tanpa menyedari wujud orang ketiga antara mereka iaitu syaitan.



Kaisara sudah menjadi liar dan sering ponteng sekolah serta keluar malam.Nasihat ibu bapa dan teman-temannya sudah tidak dipedulikan.Hanya kata-kata manis yang sering diucapkan Syawal terbayang.Kaisara sudah tidak pandai menutup aurat lagi.Dia sering mengikuti trend-trend terkini di majalah yang meunjukkan fesyen-fesyen yang menjolok mata(baju xcukup kain).



Semakin lama Kaisara semakin sayang kepada Syawal.Pujukan dan kata-kata romantis meresap ke dalam sanubarinya.Dia rela melakukan apa saja semata-mata untuk menggembirakan Syawal dan bukti cintanya kepada lelaki itu.Pada suatu hari,Kaisara talah menyerahkan makhota kegadisannya yang paling berharga kepada Syawal hanya kerana seorang lelaki yang tidak mengerti erti sebenar sebuah percintaan.Bermula dengan adegan itu,mereka sering melakukan perbuatan terlarang itu setiap kali mereka keluar tanpa menghiraukan dosa yang mereka lakukan dan akibat yang akan terjadi.
"Jangan risau,I akan bertanggungjawab dan akan kahwin dengan U nanti sebab I sayang U.Kita bina hidup bahagia sama-sama ye dengan bakal anak-anak kita."Itulah kata-kata yang sering Syawal ucapkan sesudah mereka melakukan perbuatan keji itu.


Sehinggalah pada suatu hari Kaisara telah disahkan mengandung 2 bulan.Dia berasa amat risau kerana kandungannya pasti akan membesar apabila mencecah 5 bulan.Dia lantas memberitahu Syawal mengenai hal ini dan memintanya untuk bertanggungjawab ke atas kandungan tersebut. "Apa kes U ni???Ni bukannya anak I,so buat ape I nk bertanggungjawab!U punya hal la.Pergi mamps la U dengan anak U ni."Syawal menafikan bahwa benih yang berada di dalam rahim Kaisara adalah anaknya. Kaisara merasa amat sedih kerana Syawal telah menipunya selama ini.


Sejak hari itu,Syawal tidak lagi kelihatan.Usaha mecari jejak Syawal akhirnya berkahir dengan berita dia meninggal dunia akibat dirempuh oleh lori malam sebulan selepas kejadian dia bergaduh dengan Kaisara.Kaisara mula menyedari bahawa selama ini Syawal hanya mempermainkannya semata-mata untuk kepuasan nafsu serakahnya.



'Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga'.Begitulah nasib Kaisara apabila ibunya,Puan Malisa perasaan akan akan keadaan perutnya yang semakin hari semakin memboyot.Puan Malisa dan suaminya,Encik Amran mendesak supaya Kaisara menceritakan hal yang sebenar.Dek kerana desakan yang bertubi-tubi oleh ibu bapanya,Kaisara memberitahu hal yang sebenar mengenai perbuatannya dengan lelaki syaitan itu. "Ya Allah,anakku!Kau sedar tak apa yang kau buat dengan teman lelaki kau selama ni tu berdosa besar???Kita ni orang Islam,nak.Islam melarang kita bersentuhan dengan bukan muhrim kita.Umi dengan Abi tak pernah pun ajar kau buat semua ni.Ya Allah!Ampunilah dosaku kerana aku sudah gagal mendidik anakku untuk menjadi anak yang baik dan solehah.Aku gagal mengajarnya batas-batas pergaulan dalam islam.Hanya satu yang ku pinta kepada-MU,berilah taufik dan hidayah-MU kepada anakku agar dia menginsafi perbuatannya dan bertaubat kepadamu,YA ALLAH!"Lantas ibunya berlalu ke dalam bilik kerana sudah tidak mampu untul melihat muka anak gadisnya yang sedang berbadan dua itu.


"Sara,sudah-sudahlah menangis tu.Umi kamu tu sekejap lagi eloklah tu.Dia cuma terkejut dengar pengakuan kamu je tu."Abinya cuba memujuk si anak.



"Abi,maafkan Sara.Sara tahu selama ni Sara dah banyak buat salah dengan abi dan umi.Sarah dah derhaka dengan abi dan umi.Ampunkan Sara,Abi,"Sara berlutut dihadapan Abinya memohon kemaafan atas kesilapan dirinya terhadap kedua-dua ibu bapanya yang paling disayangi.


"Sara,Abi dan Umi maafkan Sara.Kami tetap sayang Sara.Hanya Sara satu-satunya anak yang kami ada.Tak ada seorang ibu mahupun bapa yang nak melihat penderitaan anaknya.Jagalah bayi di dalam kandungan Sara ni sebaik mungkin kerana ini adalah rezeki yang ALLAH berikan untuk kita sekeluarga.Cuma satu yang Abi nak pesan,bertaubatlah dan mohonlah kemaafan daripada yang maha ESA.Hanya dia yang berhak disembah.Sesungguhnya hanya DIA yang maha pengampun lagi maha pengasihani."Usai berkata,Abinya lantas menuju ke biliknya.Tinggallah Kaisara seorang diri termangu-mangu memikirkan nasib dirinya.


Malam itu,Kaisara berteleku di atas tikar sejadah memohon keampunan kepada yang maha ESA atas segala kesilapannya. "Ya ALLAH,Ya TUHANKU,Ampunkanlah dosa-dosaku selama ini.Aku telah mengingkari laranganmu hanya kerana imanku yang senipis kulit bawang.Terimalah taubatku ini.Aku akan mengubah sikapku..Dan anak dalam kandunganku ini adalah hadiah dari-MU,akan ku jaga dan rawat anak ini dengan penuh kasih sayang kerana aku tahu anak ini tidak bersalah sama sekali dan ENGKAU telah utuskan anak ini kepadaku untuk aku menjaganya dengan baik...Ampunkanlah dosa-dosa silamku selama ini.Dengarlah rintihan hambamu yang mengharap belas darimu.Amin Ya Rabbal Alamin."Itulah doa Kaisara setiap kali selepas solat fardhu.Pabila genap 9 bulan 10 hari kandungan Kaisara,maka lahirlah seorang bayi comel persis bidadari syurga yang dinamakan Aisya Humaira.kulitnye yang putih kemerah-merahan telah menjadi ilham Kaisara untuk meletakkan Humaira di nama anaknya.



Kini,Kaisara sudah tidak bersekolah.Dia hanya duduk di rumah menjaga bayinya kerana dia malu untuk bersua muka dengan rakan-rakan seperjuangan serta guru-gurunya.Bayinya yang lahir tanpa kasih sayang seorang ayah itu kini mengjangkau usia 5 bulan.Anak hasil hubungan terkutuknya dengan Syawal ini akan dijaga dan diberi didikan agama yang secukupnya untuk menjadi seorang muslimah yang mentaati perintah ALLAH serta ibubapa.



Kaisara kini sedar bahawa segala perbuatannya selama ini telah mengaibkan nama keluarganya bahkan memusnahkan pelajarannya.Cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata dan bukan ikhlas kerana ALLAH tidak akan kekal abadi dan hanya membawa impak yang buruk kepada empunya diri.Tetapi apakan daya,'Nasi sudah menjadi bubur'.














2 comments:

Unknown said...

nice, akk suka entry ni :)
pandai eh adik buat2 cenggini , akk dh lama minat tapi tak pernah jadi hahah

Nur Aisyah said...

@NiaLidia.:akak,biase je la...ase mcm perlu improve...6ti kalau dh siap satu novel,sy post kt entry ny... :D

 

Design by Adam Izzuddin ©| Best View: Google Chrome